Gajah berenang di Tasik Kenyir jadi perhatian warganet

0

Siapa sangka, seekor gajah yang besar juga mampu berenang di Tasik Kenyir yang dibina di kawasan hutan seluas 38,000 hektar dengan kedalaman 145 meter dan memiliki 340 pulau.

Video seekor gajah sedang berenang dari pulau ke pulau di Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu, Terengganu menarik perhatian warga Facebook.

Video berdurasi 3 minit itu tular selepas pemancing di Tasik Kenyir, Mohd Sukrillah merakam aksi gajah berenang.

“Ada orang tak berapa percaya bila ambe (saya) cerita gajah boleh berenang dari pulau ke pulau dalam tasik kenyir. Ini buktinya. Video ni diambil Mohd Sukrillah petang kemarin. Jika badan lebih kecil dari gajah tapi tak pandai berenang, anda patut berasa malu pada gajah”. Tulis pemilik laman Facebook, Suwardi Azmi.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3264357526938259&id=100000921310988&sfnsn=mo&vh=i

Rakan-rakan di Facebooknya meluahkan rasa teruja melihat gajah itu boleh berenang.

Ada juga yang menyifatkan ia satu rezeki apabila dapat melihat ia secara  ‘live’.

Leave a Reply