Gabungan parti baharu pimpin kerajaan negeri Johor

0

DYMM Tuanku telah berpuas hati bahawa Gabungan parti yang baharu telah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, apabila 28 ADUN memilih Gabungan Baharu berbanding 26 ADUN memilih Pakatan Harapan.

Oleh yang demikian, Gabungan parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar, sebelum susunan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu dilantik dan DYMM Tuanku berharap agar pentadbiran Kerajaan Negeri Johor segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat di Negeri Johor Darul Ta’zim.

Setiausaha Sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Dato’ Haji Jaba Mohd Noh bertitah untuk mengadakan satu sesi temubual bersama setiap ADUN bagi mendengar sendiri sokongan yang diberikan bagi mengesahkan sokongan majoriti.

Menurutnya temuduga ini akan diadakan ekoran daripada pengumuman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang parti berkenaan telah keluar daripada Pakatan Harapan, maka kedudukan Pakatan Harapan di Negeri Johor turut terjejas dan hilang majoriti menjadikan kerajaan yang tergantung (hung goverment) pada 24 Februari lalu.

Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Saharuddin Jamal bersama Pengerusi UMNO Johor, Dato’ Ir Hasni Mohammad telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada 26 Februari 2020 dan memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah diwujudkan bersama beberapa Ahli Dewan Negeri Johor (ADUN) dan berjaya memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Sehubungan itu, satu sesi temubual bersama semua ADUN Johor telah diadakan pada 26 Februari 2020 jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru dan temubual tersebut dijalankan dihadapan DYMM Tuanku dan disaksikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Penasihat Undang Undang Negeri Johor.

Setiap ADUN juga dikehendaki menandatangani surat akuan bersumpah bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong parti Pakatan Harapan atau Gabungan Baharu.

Daripada 56 ADUN yang dipanggil, 2 orang tidak dapat menghadirkan diri iaitu ADUN Simpang Jeram dan ADUN Puteri Wangsa, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang merupakan ADUN Gambir turut hadir dalam sesi temubual tersebut.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply