Gabungan dua budaya, pasangan suami isteri paling ceria menghiburkan warga maya

0

Pasangan suami isteri popular, Maryam dan Ryzal terkenal dengan telatah yang menghiburkan dan mempunyai lebih sejuta pengikut di laman media sosial Instagram mereka.

Kombinasi komunikasi wanita kelahiran Korea dengan suami yang berasal dari Kelantan mencuit hati netizen yang menontonnya. Ada-ada saja peluang digunakan untuk ‘mengenakan’ satu sama lain ????.

Terkini, Ryzal berkongsi pengalaman mereka membeli telefon bimbit baru buat isteri yang mengalami kerosakan.

Menyembunyikan video rakaman terbabit, dapat dilihat betapa sabar dan romantiknya Ryzal melayan Maryam yang kemurungan kerana telefon bimbitnya gagal berfungsi dengan baik, kemudian gembira mendapat gantian baru.

Selepas itu, berubah ‘mood’ dan bersikap nakal dengan mentertawakan suami kerana kehilangan pelitup muka pula. Bertabahlah Ryzal ya! ????

Pasti seronok dan meriah rumah tangga jika pasangan pandai melayan serta mengambil hati kan! Semoga menjadi tauladan buat pasangan suami isteri diluar sana ❤️

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply