Frontliner vs Kluster Kayangan

0

Inisiatif kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari perantauan harus diberi pujian.

Pelbagai prosedur dan syarat perlu diikuti demi mematuhi arahan pencegahan penularan wabak COVID-19.

Baru – baru ini, sekumpulan warga Malaysia berjaya dibawa pulang setelah terkandas di luar negara, dan dikuarantin di beberapa buah hotel sekitar Selangor.

Namun dengan penyebaran info dan berita ini, memang tidak sedap didengar.

Baru beberapa hari saja mereka di kuarantin, sudah banyak kisah mereka berlegar-legar di laman media sosial.

Kisah mereka diviralkan oleh tuan punya badan sendiri dengan menggunakan facebook peribadi masing-masing.

Bermula dengan memilih pemandangan bilik hotel, merungut akan kualiti dan pilihan makanan serta ketidakpuasan hati terhadap pilihan rangkaian televisyen, kini mereka sudah pandai “menjadi tuan” pula dengan para petugas barisan hadapan.

Memang patutlah mereka diberi jolokan “kluster kayangan”.

Menjadi satu beban tugas baharu untuk para “frontliner” iaitu melayan kerenah kluster kayangan ini pula.

Inilah yang dikatakan, diberi betis nak peha!

Kita semua yang membaca pun turut berasa geram, apatah lagi para “frontliner” yang terpaksa melayan mereka setiap hari.

Agaknya 14 hari tempoh kuarantin “kluster kayangan” ini ibarat 40 hari bagi para frontliner!

Moga para petugas barisan hadapan diberi ketabahan ketika berhadapan dan melayan perangai mengada-ngada golongan “kluster kayangan” ini.

Hmmm… Entah la labu. Kalau hidup tu dah perasan “diva”, kita perhatikan saja lah. Beranganlah awak sorang-sorang ya 🤦🏼‍♀️😅

Frontliner VS kluster kayangan.1 beban tugas baharu untuk para frontliner iaitu melayan karenah kluster kayangan.Baru…

Dikirim oleh PKA -Pembantu Kesihatan Awam- pada Minggu, 12 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply