BELANJAWAN 2021 : Frontliner KKM terima imbuhan RM500

0

Sebagai tanda penghargaan buat petugas barisan hadapan (frontliner) perubatan di Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) atas jasa dan pengorbanan dalam usaha membendung wabak COVID-19, kerajaan telah bersetuju memberi imbuhan kepada mereka.

Ia merupakan pemberian berbentuk tunai iaitu bayaran ‘𝘰𝘯𝘦𝘰𝘧𝘧‘’ Petugas Barisan Hadapan KKM berjumlah RM500.

Dianggarkan kira-kira 100,000 petugas kesihatan barisan hadapan KKM akan menerima imbuhan terbabit.

Terima kasih diucapkan kepada kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Buat para petugas barisan hadapan, semoga terus tabah dan bersemangat dalam menjalani tugas murni ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply