Fouziah Gous tanam semangat patriotisme pada anak-anak

0

“Tanggal 31, bulan 8, 57.
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah Merdeka.
Ia pasti menjadi sejarah”

Itu antara bait-bait lagu bertajuk ‘Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Kibaran Jalur Gemilang dapat dilihat di merata tempat di seluruh Malaysia.

Ada yang bertindak menggantungnya di halaman rumah, sekolah, pejabat dan ada juga yang memasang jalur gemilang pada kenderaan masing-masing.

Walaupun tiada sambutan ‘count down’ dan bunga api kerana Covid-19, namun kemeriahannya tetap dirasai.

Di pentas hiburan pula, selebriti seni tanah air, Datin Fouziah Gous turut sama menanamkan rasa patriotisme pada anak-anaknya, Zeeshan Yusof, 6 dan Zaheen Yusof, 4 tahun.

“Tanamkan semangat kemerdekaan pada anak-anak kita dari kecil lagi.

“Semoga mereka dapat mendalami erti kemerdekaan yang sebenar,” tulis bekas pramugari Penerbangan Malaysia di Instagram peribadinya.

Damai sungguh melihat mereka sekeluarga berkelah di halaman rumah sambil mengibarkan Jalur Gemilang 🇲🇾

Kami warga The Malaya Post mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64.

Semoga tanah air kita yang tercinta ini sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa dan dilimpahi rahmat hendaknya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply