Fitnah Muhyiddin Yassin, Puad Zarkashi dituntut mohon maaf, ganti rugi RM10 juta

0

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi berjumlah RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi hantaran di Facebooknya, minggu lalu.

Surat tuntutan telah dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership kepada Mohd Puad, semalam.

Antara lain Muhyiddin menuntut Mohd Puad memadam kenyataan bertarikh 9 Februari yang mendakwa beliau enggan dikuarantinkan sekembalinya dari Jakarta atas urusan lawatan rasmi pada 5 Februari lalu.

“Kami diarahkan bahawa kenyataan itu mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat,” menurut surat tuntutan ditandatangani Peguam Muhyiddin.

Firma guaman itu diarah untuk menuntut Mohd Puad menyatakan permohonan maaf secara terbuka yang disiarkan secara jelas dan segera dilaman Facebooknya serta semua portal berita dan media sosial yang pernah menyiarkan kenyataan didakwa berunsur fitnah itu.

Selain itu, Mohd Puad dituntut mengeluarkan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi atau menerbitkan kenyataan sama atau seumpama itu dalam apa jua cara sekalipun.

“Kami diarahkan untuk menuntut agar bersetuju untuk membayar pampasan kepada anak guam kami sejumlah RM10 juta. Jika gagal menunaikan tuntutan dalam masa tujuh hari dari tarikh surat ini, kami akan mengambil tindakan guaman terhadap anda,” katanya.

Dilaporkan surat tuntutan itu dihantar melalui e-mel dan diserahkan secara tangan kepada Mohd Puad, semalam.

Untuk rekod, pada 9 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menafikan sekeras-kerasnya fitnah dibuat Mohd Puad kononnya perintah kuarantin tiga hari untuk menteri yang melakukan lawatan ke luar negara diwartakan kerajaan kerana Perdana Menteri enggan dikuarantinkan sekembalinya dari lawatan rasmi ke Indonesia.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply