FINAS beri tempat perlindungan sementara mangsa banjir penduduk kampung bersebelahan

0

HULU KLANG: Hujan lebat dan banjir kilat yang melanda sekitar Hulu Klang mengakibatkan puluhan rumah yang terletak di tepi Sungai Klang bersebelahan Kompleks Studio Merdeka, FINAS di naiki air.

Rumah di naiki air bersebelahan Kompleks Studio Merdeka. Foto: FB Zakaria Abd Hamid, Pengerusi FINAS

Prihatin dengan keadaan mangsa berkenaan, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia FINAS, Zakaria Abdul Hamid telah mengarahkan pihak pengurusan Finas untuk memberikan perlindungan sementara di kompleks tersebut sementara menanti air surut.

Mangsa di beri perlindungan dan makanan di Kompleks Studio Merdeka. Foto: FB Zakaria Abd Hamid, Pengerusi FINAS

Menurut Pegawai Khas Pengerusi FINAS, En Haziq ketika dihubungi The Malaya Post, seramai 30 buah keluarga diberi perlindungan sementara dan makanan.

“Seramai lebih kurang 30 buah keluarga yang di panggil untuk berteduh di perkarangan kafe dan Concourse Studio Merdeka”

Mangsa banjir kanak-kanak di beri perlindungan dan makanan di kafe Kompleks Studio Merdeka. Foto: FB Zakaria Abd Hamid, Pengerusi FINAS

“Pengerusi arah pihak pengurusan panggil mereka masuk, di beri perlindungan. Cafe juga di arah untuk masak Mee Hoon dan sediakan minuman untuk mereka” jelas Haziq. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply