Filem Joker mendominasi 11 percalonan Oscar 2020

0

Pencalonan anugerah Akademi yang ke-92 atau anugerah piala Oscar telah diumumkan di Los Angeles, Amerika Syarikat dengan menyaksikan filem Joker mendominasi percalonan terbanyak untuk tahun ini.

Cerita asal dari ilham komik dengan watak antagonis telah dicalonkan dalam pelbagai kategori antaranya; “Best Picture, Best Actor, Best Director” serta diikuti dengan lapan lagi anugerah lain.

Filem The Irishman, 1917 dan Once upon a Time … in Hollywood masing-masing terpilih dengan 10 pencalonan.

Pelakon tersohor, Cynthia Erivo , Anthony Hopkins, Jonathan Pryce dan Florence Pugh turut tercalon melalui filem masing-masing.

Anugerah penghargaan filem Amerika yang mengiktiraf karya seni perfileman antarabangsa ini akan bersiaran langsung di saluran ABC pada 9 Februari akan datang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply