Kartun animasi Upin dan Ipin sememangnya menjadi kegemaran dan cukup sinonim denagan rakyat Malaysia dengan tagline yang menjadi ikutan, “betul, betul, betul”.
Memulakan tayangan sejak tahun 2007, animasi ini bukan hanya ditonton oleh kanak-kanak malah golongan dewasa turut menjadi peminat siri kartun yang memaparkan kisah keluarga dan persahabatan yang patut diteladani serta kehidupan harmoni di perkampungan.
Kartun animasi Upin & Ipin tidak hanya ditayangkan di televisyen mahupun laman Youtube, malah animasi ini telah melebarkan siarannya ke filem di peringkat antarabangsa.
Menurut laman rasmi Facebook Les’ Copaque, filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal telah disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa yang lain bagi pencalonan Oscars 2020 dan ia merupakan pencapaian tertinggi bagi produk animasi terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.
“Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa kepada filem ini. #UpinIpin #Lescopaque #oscars2020” demikian perkembangan terkini di laman Facebook animasi berkenaan.
https://www.facebook.com/38023859749/posts/10158052204999750/?sfnsn=mo
Antara kartun animasi lain yang tersenarai dalam pencalonan ini :
Abominable
The Addams Family
The Angry Birds Movie 2
Another Day of Life
Away
Buñuel in the Labyrinth of the Turtles
Children of the Sea
Dilili in Paris
Frozen II
Funan
Genndy Tartakovsky’s ‘Primal’ – Tales of Savagery
How to Train Your Dragon: The Hidden World
I Lost My Body
Klaus
The Last Fiction
The Lego Movie 2: The Second Part
Marona’s Fantastic Tale
Missing Link
Ne Zha
Okko’s Inn
Pachamama
Promare
Rezo
The Secret Life of Pets 2
Spies in Disguise
The Swallows of Kabul
This Magnificent Cake!
The Tower
Toy Story 4
Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris😍
Weathering with You
White Snake
Rata rata ramai yang memberikan komen yang positif di laman Facebook Upin & Ipin malah ada yang bersetuju filem terbabit layak untuk memenangi percalonan itu.