Tahniah ! Aktor Fikry Ibrahim akhirnya berjaya tamatkan pengajian

0

Siapa sangka selain sibuk dengan dunia seni hiburan rupanya pelakon dan juga pengacara yang sedang meningkat naik, Fikry Ibrahim adalah seorang graduan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Pelakon kelahiran Jitra, Kedah ini antara selebriti yang mempunyai tahap pendidikan yang membanggakan.

Fikry berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

Menerusi entri Instastory miliknya, dia telah memuat naik beberapa foto ketika majlis konvokesyen berlangsung yang disampaikan oleh Naib Cancelor UITM, Profesor Dr. Mohd Azraai Kassim.

Susulan itu, rakan selebriti dan juga peminatnya turut merasa bangga atas kejayaan pelakon berusia 25 tahun itu kerana berjaya menamatkan pengajiannya.

Di ruangan komen pula tidak putus dibanjiri dengan ucapan tahniah kepadanya.

Fikry juga sempat menzahirkan rasa syukur terhadap pencapaian yang dikecapi dan berterima kasih kepada keluarga, tenaga pengajar dan rakan-rakam yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

Walaupun tertangguh pengajian dua semester, akhirnya hero drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek berjaya menggenggam segulung ijazah pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-91.

Leave a Reply