Fenny Anak Nuli, wanita Iban pertama dilantik sebagai Duta Besar ke Peru

0

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada dua perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara semalam.

Memetik Bernama, mereka ialah Fenny Nuli di Peru dan Akmal Che Mustafa yang akan bertugas di Sepanyol.

Fenny 48 tahun, memulakan perkhidmatan sebagai PTD di Kementerian Luar pada 1997 pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Brussels, Belgium sejak 2016 dan sebagai Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa dari 2015 hingga 2016.

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Peru, Fenny juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa dari 2015 hingga 2016 dan sebagai Ketua Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar) dari 2013 hingga 2015.

Yang pasti dengan perlantikan ini, menjadikan Fenny dari Sri Aman, Sarawak, wanita Iban pertama dilantik ke jawatan itu.

Manakala Akmal, sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Akmal memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementerian Luar pada 1996 pernah bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Inspektorat sejak tahun lalu.

Tahniah dari The Malaya Post.

Leave a Reply