FC Seoul tewaskan Kedah 4-1

0

Liga Juara-Juara AFC di Stadium Piala Dunia Seoul Korea Selatan menyaksikan FC Seoul menewaskan Kedah dengan mata 4-1 dalam perlawanan play-off pusingan ketiga di minit ke 54 dengan baki perlawanan dengan hanya 10 pemain.

Bekas pemain antarabangsa Korea Selatan Park Chu-Young telah menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil perlawanan dua minit setelah pemain Kedah dari Brazil, Renan Alves dilayangkan kad merah.

Renan Alves mendapat kad merah selepas mendapat kad kuning kedua setelah tangannya terkena di kotak penalti pada minit ke-36.

Sementara itu, Mohd Shahril Sa’ari bertungkus lumus menyelamatkan gawangnya daripada serangan bertubi-tubi pasukan tuan rumah sehingga waktu rehat.

Pemain tengah David Rowley dengan Muhd Zulkhairi Zulkeply telah diganti oleh Aidil Sharin Sahak untuk mengukuh bahagian tengah, penukaran tersebut dilakukan oleh Ketua Jurulatih Kedah.

Dalam Kedah berusaha merapatkan jurang gol, bekas pemain Korea Selatan Bawah 23 tahun Park Dong-Jin menggandakan kedudukan pasukannya empat minit selepas babak kedua bermula menerusi tandukan hasil satu hantaran silang dari sebelah kanan.

Pemain Kedah, Osmar Ibanez Barba dari Sepanyol telah melakuk.an sedikit kesilapan apabila menanduk bola masuk ke dalam gawang sendiri pada minit ke-51.

Walaubagaimanapun, pemain pertahanan itu menebus kembali kesilapannya dengan memperoleh gol ketiga FC Seoul menerusi sepakan percuma pada minit ke-63.

Pasukan tuan rumah mendapat gol keempat mereka pada masa kecederaan di akhir babak kedua menerusi rembatan jarak jauh Ikram Alibaev yang menewaskan Mohd Shahril.

FC Seoul akan menyertai Beijing FC dari China, Chiangrai United (Thailand) dan Melbourne Victory (Australia) dalam Kumpulan E pada peringkat pertandingan kumpulan. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply