Fasa peralihan monsun, orang ramai disaran berwaspada

0

Perubahan cuaca atau monsun lazimnya terdiri daripada dua kategori iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.

Tempoh peralihan monsun biasanya berlaku pada bulan Mac hingga April dan bulan September hingga Oktober.

Ketika peralihan monsun pelbagai corak cuaca kemungkinan akan berlaku, antaranya hujan lebat, hujan batu, banjir kilat, kejadian kepala air, kehadiran belalai air dan belalai barat.

Kesan cuaca ini boleh menyebabkan pokok tumbang, tanah runtuh, kerosakan struktur dan sebagainya.

Bagi langkah berjaga-jaga, Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan orang ramai agar berwaspa dan mengikuti beberapa saranan yang perlu dipatuhi bagi keselamatan bersama.

1) Jangan letak kenderaan hingga menganggu lalu lintas untuk berteduh

2) Pastikan jarak pemanduan selamat

3) Berwaspada ketika berada di jalan raya

4) Hindari parkir di kawasan rendah yang mudah dinaiki air

5) Hindari parkir di bawah pokok besar

6) Jangan berteduh dibawah pokok

7) Waspada kehadiran kepala air di kawasan air terjun

8) Hindari berada di lapangan

9) Hindari aktiviti luar

FASA PERALIHAN MONSUNFasa peralihan monsun dijangka bermula pada 27 Mac 2020 dan berterusan sehingga pertengahan Mei…

Dikirim oleh Malaysian Meteorological Department pada Rabu, 25 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply