Fasa peralihan monsun bermula

0

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan berkata fasa peralihan monsun dijangka akan bermula hari ini iaitu 27 Mac dan berterusan sehingga pertenggahan Mei.

Permulaan fasa ini adalah berikutan berakhirnya Monsun Timur Laut yang telah bermula sejak 24 Oktober tahun lalu.

Semasa fasa peralihan monsun ini berlaku, kawasan di rantau negara akan mengalami perubahan cuaca dan tiupan angin dari pelbagai hala untuk pembentukan awan ribut petir.

Lazimnya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan datang dalam masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan malam.

Kawasan di negeri-negeri pantai barat, pendalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak berpotensi mengalami banjir kilat serta kerosakan struktur.

Siaran Media Permulaan Fasa Peralihan Monsun#metmalaysia#KementerianAlamSekitar#peralihanmonsun

Dikirim oleh Malaysian Meteorological Department pada Selasa, 24 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply