Fasa keempat PKP tuntut usaha rakyat, kerajaan

0

Kini kita telah pun melewati fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak mula dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemajuan yang ketara dapat dilihat ketika PKP fasa ketiga yang bermula 14 hari lepas.

Bukan sahaja dapat meratakan lengkuk atau ‘flattening the curve’ tetapi juga penurunan yang konsisten terhadap kes positif jangkitan COVID-19.

Hari ini kita semua telah memasuki PKP 4.Kita dapat lihat kemajuan yang ketara pada PKP 3 bermula 14 hari lepas, bukan…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Selasa, 28 April 2020

Menurutnya, beliau yakin dan percaya rakyat Malaysia bersama-sama dengan pengurusan kerajaan dapat melaksanakan usaha serta tanggungjawab ini sehingga ke penghujungnya.

“Usaha kita inilah yang dapat menjadi contoh kepada dunia dimana kesepaduan dan fokus kita hanyalah untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini supaya kita dapat menamatkan krisis pandemik COVID-19 di negara kita,” ujar beliau.

Beliau turut berharap, meski apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang, orang ramai akan terus fokus dan bersatu padu melawan virus yang berbahaya ini sekaligus memperhebatkan lagi graf penurunan kes positif COVID-19 pada PKP fasa keempat yang berakhir 12 Mei depan.

Amalkan langkah keselamatan dan kesihatan seperti yang disarankan oleh pihak berwajib.

Terus berada di rumah, patuhi arahan PKP.

Kita mesti menang!

#stayhomestaysafe

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply