FAM mohon penyokong Pasukan Harimau Malaya kekal sabar dan terus menghormati penyokong luar ke Malaysia

0

Malam ini bakal menyaksikan pertarungan antara Pasukan Harimau Malaya menentang UAE di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam.

Terpalit dengan insiden kurang menyenangkan di Jakarta baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM mohon penyokong Pasukan Harimau Malaya kekal sabar dan terus menghormati penyokong luar ke Malaysia sama ada peminat Indonesia, UAE, Thailand atau Vietnam terhadap semua perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional nanti.

Dalam pada itu, FAM amat kecewa dengan gangguan penyokong pada perlawanan Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Indonesia lwn Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, tempohari.

‘Fairplay’ dan professionalism telah dipamerkan oleh pemain dan pegawai kedua-dua negara, tetapi perlawanan dicemari oleh insiden di luar padang.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia FAM dalam kenyataannya di laman sesawang, FAM anggap negara jiran kita, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), melalui pihak kuasa tempatan gagal menjangkakan insiden yang telah berlaku justeru gagal mengotakan janji yang diberikan mereka secara umum untuk perlawanan ini, dan juga gagal mengawal sikap penyokong sepanjang pra mahupun ketika serta selepas perlawanan berlangsung sekaligus mencemarkan imej bola sepak Indonesia.

“Memandangkan FAM dan PDRM tidak mempunyai bidang kuasa di Indonesia, kami mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan melalui dua mesyuarat bertarikh 20 Ogos dan 27 Ogos 2019 yang turut dihadiri oleh Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ACP Kamarulzaman Maarof, sebagai persiapan langkah keselamatan yang diperlukan untuk  perjalanan penyokong negara” katanya

Katanya walaupun disediakan polis pengiring dari lapangan terbang ke stadium dan sebaliknya khusus untuk lebih 300 penyokong Malaysia dalam 6 buah bas, keadaan tetap menjadi huru-hara dan kami berasa amat kecewa dengan jawatankuasa pengelola tempatan berikutan kegagalan mereka menunaikan janji serta persefahaman yang dicapai.

Tidak ada tempat dalam sukan bola sepak untuk gejala hooliganisme dan gangsterisme dan oleh itu, kami telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan dan sedang mengumpul bukti kukuh bagi melaporkan kejadian semalam kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Justeru, bagi penyokong Malaysia yang masih berada di Indonesia, kami mendoakan keselamatan anda di sana dan moga selamat pulang ke Malaysia. Terima kasih atas sokongan padu anda terhadap skuad kebangsaan, Harimau Malaya dan kami juga menggesa anda untuk mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri mahupun rakyat Indonesia” katanya.

Penyokong Malaysia secara umumnya dilihat bertindak balas secara positif tempohari dan tidak mengikut sebarang provokasi.

“Lantaran itu, kami nasihatkan anda untuk kekal sabar dan terus menghormati penyokong luar ke negara kita – sama ada peminat Indonesia, UAE, Thailand atau Vietnam terhadap semua perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional nanti” katanya.

Leave a Reply