“Fake Dentist” semakin terbuka tawarkan perkhidmatan “Fake Veneer”

0

“Fake Dentist” kembali berleluasa dan bebas menawarkan pelbagai perkhidmatan mencantikkan gigi kepada orang ramai.

Doktor gigi haram atau lebih tepat doktor gigi yang tidak diiktiraf ini menawarkan rawatan gigi dengan harga yang murah berbanding klinik pergigian swasta.

Menariknya, “fake dentist” menawarkan rawatan secara “mobile” atau “dari rumah ke rumah”, dengan melakukan rawatan gigi hanya di rumah pelanggan.

Jika sebelum ini pemasangan “fake braces” menjadi pilihan orang ramai , terbaru rawatan “fake veneer” atau rawatan pemutihan gigi dengan menggunakan istilah “pemutihan gigi berteknologi nano” semakin mendapat tempat dan “trending”.

Malah rawatan ini juga banyak ditawarkan di spa-spa kecantikkan.

Disamping dapat memutihkan gigi, “rawatan veneer” berfungsi memulihkan kecacatan bentuk gigi yang minimal dan merapatkan kedudukan gigi.

Namun di sebalik kecantikan gigi yang tersusun dan putih, banyak kompilasi boleh berlaku antaranya, gusi bengkak, sakit gigi, gusi bernanah dan gigi bergoyang.

Pendedahan Dr Naqiuddin Ahmad Moin di laman Twitter miliknya berkata, “doktor gigi haram” tidak akan bertanggungjawab untuk memulihkan kesakitan yang ditanggung pelanggan atau pesakit.

Malah kata Dr Naqiuddin Ahmad Moin yang kini bertugas di Klinik Pergigian Medini, Johor Bharu, mereka terbabit akan ke klinik yang diiktiraf untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sebab “fake dentist” tidak akan merawat komplikasi yang mereka lakukan. Malah, mereka tidak tahu untuk merawat kompilasi yang berlaku” tulisnya di twitter.

“Sejujurnya nak buka “fake veneer” kosnya tidak murah. Kosnya lebih kurang sama dengan kos anda pasang “fake veneer”. Setiap kos rawatan bergantung kepada berapa batang gigi yang dipasang ‘fake veneer’ berkenaan”, ujarnya.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian Universiti Malaya turut berkongsi beberapa jenis “veneer” di laman Twitternya @dr_naqiuddin yang menjadi trending di kalangan selebriti.

Pemutihan Gigi Teknologi Nano

Menulis lanjut, Doktor Naqiuddin turut menerangkan bahawa tiada istilah “nano” digunakan dalam perubatan pergigian.

Beliau menambah, orang ramai mudah terpengaruh dengan kawan-kawan serta iklan di media sosial tanpa menghiraukan kesan sampingan yang akan memudaratkan gigi mereka.

Beliau juga memberitahu, “fake dentist” menggunakan teknik yang salah ketika melakukan rawatan “veneer” dan itu antara faktor utama berlakunya kompilasi dan kemudaratan gigi pelanggan yang menggunakan khidmat mereka tanpa berfikir panjang.

Antara kesilapan besar yang dilakukan ialah :

-tidak boleh floss

-gigitan tinggi

-tebal

-tidak bersihkan gigi atau tampal gigi yang perlu ditampal dahulu.

Beliau turut menunjukkan gambar-gambar keadaan gigi kesan dari rawatan “fake veneer” yang dilakukan oleh “fake doctor”.

Kami difahamkan caj yang dikenakan oleh doktor yang tidak diiktiraf ini tidak lah semurah mana jika dibandingkan dengan harga ditawarkan di klinik atau hospital kerajaan atau swasta

Jangan la kerana dek malas menunggu giliran di hospital kerajaan, atau berkira untuk berbelanja di klinik pakar swasta kita memilih jalan mudah dengan menggunakan khidmat doktor haram.

Apa yang perlu difikirkan bersama adalah, kesan atau bahana menggunakan khidmat doktor gigi yang tidak diiktiraf.

Bunyinya macam kecil, bimbang komplikasi kemudian hari, boleh membawa maut.

Laporan, Suhaila Megat untuk The Malaya Post.

 

 

Leave a Reply