Faizal Azumu rungkai gosip nikah Erra Fazira di Dewan Negara

0

Ini baharu ‘steady’!

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu langsung tidak melatah malah tenang sahaja ketika menjawab soalan senator di Dewan Negara berkenaan gosip beliau nikah artis popular.

Ketika sesi soal jawab, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau individu yang dikatakan bernikah dengan selebriti pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira.

“51 tahun hidup, pertama kali dapat soalan begitu,” kata Ahli Parlimen Tambun itu selepas diajukan soalan oleh Senator Datuk Razali Idris ketika sidang di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu YB Senator Razali Idris melontarkan soalan itu untuk mendapat kepastian susulan tular di media sosial kononnya Dato’ Seri Ahmad Faizal bernikah dengan Erra Fazira.

“Syabas kerana turun jawab soalan. Hari ini saya ada tiga (soalan). Dalam sehari dua ini di media sosial gegak gempita mengatakan Yang Berhormat Menteri Belia (dan Sukan) berkahwin dengan seorang artis popular tanah air,” soal Razali.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim, bagaimanapun tidak membenarkan Dato’ Seri Ahmad Faizal menjawab soalan itu kerana di luar skop tumpuan.

“Ada kena mengena? Ini di luar skop. Itu hal peribadi beliau dan saya tidak benarkan beliau menjawab,” kata Tan Sri Rais.

YB Razali membalas persoalan yang diajukan itu ada kena mengena kerana membabitkan peribadi Ahmad Faizal sebagai menteri.

Dato’ Seri Faizal Azumu memberi respon terhadap soalan YB Razali meskipun Speaker melarang soalan dijawab.

“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itupun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya” katanya.

Tular di Twitter sejak petang semalam kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira yang dikatakan sudah berkahwin dengan Dato’ Seri Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Jawapan itu sekali gus merungkai gosip berkenaan yang tular di media sosial.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply