Euro 2020 : Jerman benam Portugal 4-2

0

Jerman menewaskan Portugal 4-2 dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 untuk menghidupkan kembali harapan mereka mara ke pusingan 16 terakhir.

Kemenangan pertama yang diraih skuad Die Mannschaft membolehkan saingan Kumpulan F kini terbuka, dengan Perancis mendahului menerusi 4 mata, diikuti Jerman dan Portugal (kongsi 3 mata) serta Hungary (1 mata).

Dalam aksi itu, Cristiano Ronaldo meletakkan Portugal di depan di Allianz Arena, Munich, tetapi gol sendiri daripada Ruben Dias dan Raphael Guerreiro memberi kelebihan kepada Jerman.

Juara dunia empat kali, Jerman kemudian menambah derita Portugal menerusi jaringan pemain tengah Chelsea, Kai Havertz dan pertahanan Atalanta, Gosen masing-masing pada babak ke dua iaitu minit ke-51 dan 60.

Begitupun, hasrat Portugal untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila juara bertahan itu sekadar menambah satu gol menerusi pemain Liverpool, Diogo Jota pada minit ke-67.

Portugal tewas di tangan Jerman dengan 4-2.

Portugal akan berdepan Perancis dalam perlawanan terakhir mereka, manakala Jerman pula akan menentang Hungary.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply