Erra Fazira sudah bernikah dengan Menteri Belia dan Sukan?

0

Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Eh!

Cakap-cakap di Twitter kecoh dengan gosip mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dikatakan sudah bernikah dengan primadona cantik, Erra Fazira.

Dari risikan The Malaya Post, berita ini mula tersebar sejak Jun lalu apabila seorang wartawan hiburan mula memuatnaik status mengenai hubungan cinta Erra Fazira dengan seorang Menteri dari Utara.

 

Haaa, netizen dah dapat topik, pantas aje jari-jemari menaip pandangan masing-masing, ada juga yang petik sumber yang boleh dipercayai.

Haa bukan setakat itu, ada juga yang mula buat gerak kerja menyiasat kesahihan berita ini.

Untuk rekod, Erra Fazira, merupakan ibu tunggal kepada seorang cahayamata iaitu Engku Aleesya, 12, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami perkahwinan keduanya, Engku Emran.

Mereka diijabkabulkan pada 2007 namun berpisah pada 2014.

Terdahulu, pemilik nama Fazira Binti Wan Chek berusia 47 tahun ini pernah bergelar isteri kepada pengarah, penyanyi dan pelakon Dato’ Yusri Abdul Halim selama tiga tahun (2003-2006), namun tidak dikurniakan anak.

Setakat ini, belum ada reaksi balas daripada pihak Erra mahupun Dato’ Seri Ahmad Faizal.

Sejauh manakah kebenaran berita ini? Sama-sama kita nantikan perkembangannya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply