Erma Fatima berniqab kerana adab berjumpa Ulamak, bukan kerana ekstrim dan berfesyen

0

Siapa sahaja tidak mengenali pengarah dan pelakon utama Mak Cun yang sering tampil dengan karya hebat dan menarik.

Baru baru ini, Erma Fatima telah berkongsi fotonya berniqab di laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Bila pakai niqab dia kata islam extreme..dia kata fashion..dia kata taksub…hmmm..aku pakai bukan kerana extreme..apatah lagi menganggap niqab itu fashion…salah tu. Aku pakai kerana itulah ADAB bila berjumpa habib atau ulamak dr luar terutama dr Arab. Itu PERADABAN mereka yg harus di hormati. Memang dlm quran tk suruh pakai niqab TAPI kalau org pakai niqab dah rasa selesa knp mesti kita pertikaikan. Melindungi wajah dari pandangan yg bole mengundang dosa tkn jadi satu kesalahan? 🙈🙈🙈 susah jugak jd netizen yg cari salah orang jer kan..masalah besar tu kalau hati dan fikir kita 24 jam negatif…kena ubat cepat2 sebelum parah sbb tkde pakar dlm dunia bole ubatkn penyakit hati ni. #hubabafatimahkadzim

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Menurutnya, apabila dia mengenakan niqab, terdapat segelintir warganet mengatakan Islam itu ekstrim, fesyen, malah ada juga yang mengatakan dirinya terlalu taksub.

Erma Fatima memberitahu, keputusannya untuk berniqab adalah kerana adab dan sama sekali bukan atas dasar berfesyen semata-mata.

“Aku pakai kerana itulah ADAB bila berjumpa habib atau ulamak dr luar terutama dr Arab. Itu PERADABAN mereka yg harus di hormati. Memang dlm quran tk suruh pakai niqab TAPI kalau org pakai niqab dah rasa selesa knp mesti kita pertikaikan.” tulis Erma.

Tambahnya, melindungi wajah dari pandangan yang boleh mengundang dosa bukanlah menjadi satu kesalahan.

Dia juga turut menitipkan nasihat kepada warganet supaya mengubati penyakit hati yang sering berfikiran negatif terhadap orang lain.

“Masalah besar tu kalau hati dan fikir kita 24 jam negatif…kena ubat cepat2 sebelum parah sbb tkde pakar dlm dunia bole ubatkn penyakit hati ni.” tulis Erma mengakhiri perkongsiannya.

Para pengikut di laman sosialnya bersetuju dengan entri yang dimuat naik oleh kakak kepada pelakon, Datin Seri Umie Aida.

Leave a Reply