Enam wanita mangsa eksploitasi seks diselamatkan, dua ‘bapak ayam’ dicekup

0

Enam wanita warga Vietnam dipercayai mangsa eksploitasi seks berjaya diselamatkan selepas polis menahan dua lelaki dipercayai bapak ayam dalam dua serbuan di sekitar Johor Bharu.

Dalam operasi jam 10.30 malam kelmarin, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D13 Bukit Aman bersama Bahagian Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan dua suspek lelaki warga tempatan berusia 53 dan 56 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata enam wanita warga asing yang diselamatkan berusia antara 25 hingga 29 tahun.

Turut rampas dua kad akses rumah, tiga unit telefon bimbit, empat kondom, kereta, resit hotel dan wang tunai berjumlah RM998.

“Saringan ujian air kencing ke atas kedua-dua suspek yang ditahan itu negatif dadah dan mereka kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Semua mangsa warga Vietnam sudah dipohon Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama 21 hari dan dihantar ke rumah perlindungan sementara, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply