Enam pulih, 13 kes baharu dan satu kematian direkodkan hari ini

0

13 kes baharu dan enam kes sembuh berkaitan COVID-19 direkodkan hari ini (26 Julai).

Statistik jangkitan petang ini menunjukkan kes import sebanyak tiga kes manakala kes tempatan adalah 10 kes.

Daripada 10 kes penularan tempatan, Johor merupakan negeri paling tinggi dengan tujuh kes melibatkan enam warga tempatan dan satu warga asing.

Manakala negeri Pahang, Sabah dan Sarawak masing-masing dengan satu kes serta dua kes import di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu kes di Kelantan.

Dengan ini keberangkalian jangkitan COVID-19 di Malaysia daripada 167 kes semalam meningkat menjadi 173 hari ini.

Perkhabaran duka apabila terdapat satu rekod kematian melibatkan wanita berusia lingkungan 60-an di Sarawak.

Terkini #covid19malaysia, 26 JulaiKes sembuh= 6Jumlah kes sembuh= 8,600Kes positif= 13(kes import=3, kes…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Minggu, 26 Juli 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply