Empat tahun beroperasi, Fizo Mawar Kitchen bakal ditutup

0

Fizo Mawar Kitchen bukanlah sebuah restoran yang asing bagi peminat pelakon Fizo Omar serta warga Kelantan.

Restoran yang diusahakan oleh Fizo Omar dan Mawar ketika mereka masih bersama itu secara rasmi beroperasi di awal perkahwinan mereka.

Seperti yang diketahui umum, pasangan ini telah bercerai beberapa bulan yang lalu dan ketika itu restoran berkenaan masih beroperasi seperti biasa.

Namun baru-baru ini, terdengar desas desus bahawa restoran berkenaan akan ditutup dan Fizo Omar sendiri telah menghebahkan berita penutupan restoran terbabit.

“FMK  @fizomawarkitchen akan beroperasi seperti biasa setiap hari dari jam 12 tgh hari hingga 11 malam sehingga hari terakhir operasi kami pada 27 oktober 2019. Terima kasih kpd semua yg menyokong kami selama ini. #fmk#fizomawarkitchen” tulis Fizo Omar dilaman Instagramnya bersama sekeping gambar tahun awal dan tahun akhir pembukaan kafe.

Menurutnya, restoran itu dia hadiahkan buat Mawar dan ibunya, namun setelah mereka berpisah dan setelah berbincang dengan Mawar, mereka bersetuju dan memutuskan untuk menutup restoran itu.

Rata-rata para peminat dan juga pelanggan mereka tidak bersetuju jika ingin menutup restoran meskipun mereka telah berpisah.

Malah ada yang meminta Fizo menolak perkongsian saham Mawar dan aktifkan restoran terbabit seperti biasa serta menukar nama perniagaan terbabit kepada FizoMaryam, sempena nama anak perempuan mereka.

Namun tiada siapa yang tahu, mungkin Fizo Omar mempunyai cadangan yang lebih baik untuk masa depannya.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply