Emoji monyet menutup mata, bukan sekadar simbol malu

0

Pasti anda semua dah biasa dengan penggunaan emoji untuk berkomunikasi sesama sendiri kan…

Lazimnya emoji digunakan sebagai reaksi dan pelengkap ayat ketika pengguna menghantar pesanan terutama dalam media sosial.

Ironinya emoji mempunyai makna dan falsafah yang sesuai dengan bentuk emoji itu sendiri seperti emoji ‘monyet menutup mata’.

Menurut Emojipedia, emoji itu merupakan salah satu dari kewujudan Three Wise Monkey iaitu peribahasa Jepun yang dilambangkan dengan tiga ekor monyet yang menutup mata, telinga dan mulut.

Ketiga-tiganya melambangkan ‘sees no evil, hears no evil dan speaks no evil’.

Dalam istilah bahasa Jepun, emoji monyet yang sedang menutup mata dikenali dengan sebutan ‘See No Evil Monkey’ iaitu tidak ingin melihat kejahatan.

Emoji itu sudah menjadi sebahagian daripada unikod sejak 2010 dan dikemas kini pada 2015.

Dalam sisi lain, emoji monyet berwarna coklat itu kerap dimaknai dengan ekspresi rasa malu dan takut sehingga menutup kedua-dua matanya dengan tangan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply