Elisya Sandha dan Uzair Haqimy selamat bertunang, Sheila Rusly luah rasa syukur

0

Di penghujung bulan Januari, penerbit dan pelakon versatil, Sheila Rusly berkongsi berita gembira dan meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Uzair Haqimy selamat mengikat tali pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha pada petang semalam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sheila mengungkapkan kata,”Alhamdulillah”, tanda syukur di atas fasa baharu yang hubungan anak lelaki sulungnya bersama Elisya yang juga adik kepada pelakon jelita Fasha Sandha.

Suami Sheila yang juga pengarah tersohor, Jinggo turut berkongsi perkhabaran gembira di laman Instagramnya dengan menulis, “Teman dia macam mana papa teman mama.”

Elisya Sandha turut berkongsi beberapa foto sepanjang majlis berlangsung menerusi IG Story. Sama padan, sama cantik bakal pengantin ni ya.

Dilaporkan majlis yang diadakan di kediaman Fasha Sandha dibuat secara tertutup dengan kehadiran kira-kira 15 tetamu sahaja mewakili ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan majlis pernikahan akan diumumkan nanti.

Tahniah sis Sheila. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply