Selang sehari bergelar ibu, pelakon Elfira Loy mendedahkan butiran terperinci kelahiran anak sulungnya.
Mengesahkan dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.
Bayi comel seberat 3.68kg dilahirkan secara normal pada jam 5.40 petang di Andorra Women & Children Hospital.
Dilaman Instagramnya, Elfira mengatakan bagai dibuai mimpi di atas kurniaan terindah Yang Maha Esa kepada dirinya dan suami.
Elfira meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan dan para peminat yang turut mendoakan kesejahteraan dia dan anaknya.