Ekzema, ketahui cara merawatnya

0

Lebih daripada 15 peratus kanak-kanak cenderung mengalami masalah kulit ekzema yang menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal sehingga menyebabkan kulit merasa tidak selesa.

Gejala ekzema pada bayi kebiasaannya terjadi pada bahagian pipi, lengan, kaki, dada dan beberapa bahagian badan lain.

Justeru sebagai ibu bapa penting untuk mengetahui tanda-tanda yang boleh menjadi punca berlakunya kepada gejala ekzema.

Sapukan pelembab sekurang-kurangnya dua kali sehari atau setiap kali menukar lampin sebagai kunci rawatan dan pencegahan kepada penyakit ini.

Elakkan penggunaan kain atau tuala yang gatal dan sabun mandian yang kasar serta mandi dengan air yang suam.

Sewaktu tidur pastikan bayi memakai sarung tangan serta memastikan suhu bilik tidak terlalu panas ataupun sejuk.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply