Eksklusif : Cristiano Ronaldo bakal hadiri majlis pernikahan anak angkatnya, Martunis April ini

0

Bintang bola sepak ternama dunia yang tetap kekal menyarung jersi nombor 7 yang kini bersama kelab Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo bakal menghadiri majlis pernikahan anak angkatnya Martunis Ronaldo April depan.

Martunis memaklumkan khabar gembira itu secara eksklusif melalui khidmat pesanan ringkas kepada  The Malaya Post hari ini.

Menurut Martunis, beliau bakal menikahi putri asli dari Acheh bernama Sri Wahyuni April ini.

Untuk rekod, Martunis dan suri hatinya Yunie telah mengikat tali pertunangan pada 29 Disember lalu.

Ikuti soal jawab ringkas secara eksklusif oleh Nik Suryani Megat Deraman bersama Martunis.

TMP : Tahniah dari saya dan warga The Malaya Post. Martunis bakal nikah siapa? Rakan ya?

Martunis : Terima kasih kembali. Sebetulnya bakal isteri saya Putri asli aceh namanya Sri Wahyuni.

TMP : Kami difahamkan Martunis ada jemput Cristiano ke majlis pernikahan ya?

Martunis : Saya ada maklum beliau. InsyaAllah Cristiano hadir kalau tidak sibuk.

TMP : Adakah Cristiano akan datang?

Martunis : Pastinya ramai yang menunggu berita ini dan sesungguhnya beliau amat gembira untuk saya. Kepada soalan tadi ya, InsyaAllah.

TMP : Siapa player akan hadir

Martunis : Teman-teman Timnas Indonesia

TMP : Selepas nikah perancangan gimana Martunis? Bawa isteri untuk main bola bersama kelab mana?

Martunis : Tidak.. rencana saya mahu buka usaha kecil-kecilan. Toko sport.

TMP : Terima Kasih atas jawapan anda, Saya mewakil The Malaya Post mengucapkan tahniah dan semoga dipermudahkan rencananya. Sampai ketemu dah..

Martunis : Siap🙏 Terima Kasih dan salam saya buat pembaca dan penonton The Malaya Post 🙏🙏

Dalam laporan kami terdahulu Martunis memberitahu The Malaya Post bahawa Cristiano Ronaldo tidak pernah mintanya tukar agama.

Malah bertanya Martunis mengenai Islam.

“Cristiano Ronaldo tidak pernah minta saya tukar agama, malah bertanya saya mengenai Islam” – Eksklusif bersama Martunis Ronaldo, mangsa Tsunami Acheh

Kisah Martunis, seorang kanak-kanak mangsa tsunami di Aceh, Indonesia pada 26 Disember 2004, yang ditemui selamat selepas hanyut selama 21 hari di lautan mendapat liputan meluas media seluruh dunia ketika itu.

Lebih menggemparkan, Martunis yang ditemui selamat, memakai jersi bola sepak Portugal tertera nama Ronaldo mendapat reaksi balas bintang bola sepak dunia ini.

Bunyinya tampaknya kecil namun ternyata detik itu telah mengubah kehidupan Martunis yang kini menyarung jersi Sporting Lisbon.

Leave a Reply