Eksklusif : Apandi Ali letak jawatan, dakwa Presiden campuri urusan Lembaga Disiplin UMNO

0

Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa Presiden UMNO Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencampuri urusan Lembaga Disiplin Umno dengan mengarahkan pihak Lembaga membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Susulan itu juga, bekas Peguam Negara itu telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan Bekas Peguam Negara ketika dihubungi The Malaya Post sebentar tadi.

Untuk rekod, Dato’ Seri Hishammuddin sepatutnya dipanggil mengadap Lembaga Displin hari ini bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli Umno.

Terdahulu memetik laporan Astro Awani Tan Sri Apandi berkata, pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan Parti.

“Hasil perkembangan ini, saya telah arahkan Setiausaha Lembaga Displin untuk menyediakan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan berkuatkuasa dengan serta-merta.

“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan. Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” katanya lagi.

Untuk rekod Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam sebelum ini telah memfailkan surat rasmi kepada Lembaga Displin bagi menyiasat dakwaan bahawa Ahli Parlimen Sembrong itu cuba menjadi ‘orang tengah’ dengan membawa masuk beberapa pemimpin UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut, Tan Sri Apandi berkata, beliau amat kecewa kerana sesi itu telah dibatalkan atas arahan pucuk pimpinan parti.

Arahan itu, katanya, jelas melanggar keluhuran dan kebebasan Lembaga Displin seperti yang termaktub di bawah perlembagaan parti.

“Memang prosiding show cause akan dipengerusikan oleh anggota Lembaga yg lain.Yang saya amat kecewa ialah, ia di batalkan atas arah pucuk pimpinan parti. Ini tiada peruntukan dalam Perlembagaan Umno.

“Lembaga Disiplin adalah suatu badan bebas yang tidak tertakluk kepada apa-apa arahan pimpinan parti.

Leave a Reply