Eina Azman fitnah Rebecca???

0

Lama menyepi dari dunia seni lakonan dan kini menumpukan sepenuh masa menguruskan keluarga dan perniagaan, Pelakon dan Usahawanita, Datin Rebecca Nur Al Islam menghangatkan suasana laman sesawangnya apabila berkongsi di Instastory satu paparan mesej aplikasi Whatsapp bersama pelakon Uqasha Senrose yang bertanya kesahihan ‘fitnah’ yang didengari oleh pelakon berkenaan.

Paparan mesej aplikasi WhatsApp yang diterima olehnya tertera, ‘Salam Kak Becca…Blh adik nk tanye something tak. Adik dgr Eina Azman ckp adik nak goda suami akak masa tidur rmh akak?Cerita apa ni kak?’.

Di Instastory berikutnya, Rebecca juga menulis dan menggunakan kata ganti ‘AWAK’  telah menfitnah dirinya kepada rakan-rakan yang lain dan terbaru fitnah melibatkan adik angkat Rabecca,  iaitu Uqasha Senrose.

Perkongsian berikut Rabecca menulis, ‘Patut la lama dah adik angkatku ni mcm terdiam je dari aku, entah apa2 la awak menabur fitnah nama ku padanya… Sampai ramai org boleh percaya dgn fitnah awak!!’.

Manakala Instastory pelakon Datin Paduka Eina Azman pula, pelakon terbabit turut berkongsi paparan penerangan hukum fitnah dan turut disusuli dengan paparan rakan yang memberi sokongan kepadanya berkaitan isu terbabit.

Leave a Reply