Eina Azman dan suami positif Covid-19

0

Ulang tahun perkahwinan yang kebetulan jatuh pada Hari Kemerdekaan sepatutnya disambut dengan gembira.

Namun lain pula kisahnya dengan pelakon, Datin Paduka Eina Azman.

Ibu kepada dua cahayamata ini berkongsi berita duka bahawa dirinya dan suami tersayang bersama dua pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, pemilik nama Ainur Syakira Azman berusia, 26 ini nyata terkejut dengan keputusan ujian yang diterima.

“Macam nak gugur jantung ni bila dapat keputusan ‘result’. Saya tak tahu macam mana dalam seminggu kami boleh kena,” tulisnya sambil merujuk baru sahaja melakukan ujian sebelum menjalani pembedahan seminggu lalu dan keputusannya negatif.

Datin Paduka Eina turut meluahkan kerisauan akan keadaan kesihatan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang kurang stabil kerana mengalami demam terlalu panas serta paras oksigen kurang baik.

Malah, dia sendiri mulai deman dan batuk.

Walau bagaimanapun, hasil saringan mendapati anak mereka, Aubrey Karl dan kakak kepada Datin Paduka Eina negatif.

“Setiap dua hari, kami akan pergi ke hospital setiap untuk pemeriksaan X tray dan menjalani rawatan.

“Hari ini pula merupakan anniversary kami, jadi begini pula. Ya Allah memang speechless.

Namun, Datin Paduka Eina reda dan menerima ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Datin Paduka Eina memohon agar pengikut mendoakan kesembuhan mereka sekeluarga.

Beliau juga berpesan kepada kontak rapat yang berasa tidak sihat agar segera membuat ujian.

Ruangan komen Datin Paduka Eina menerima kata-kata semangat pengikut termasuk rakan artis agar beliau terus tabah serta mendoakan kesembuhan suami dan pembantunya.

Ada juga yang berkongsi tips pengambilan makanan sesuai kepada Iena.

Kami di The Malaya Post turut mendoakan agar Datin Paduka Iena, suami tercinta dan pembantu agar sembuh dan sihat kembali.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply