Edisi Kembali ke Jalanan : Ambiga Sreenevasan bagi peringatan kepada kerajaan sekiranya gagal laksana pembaharuan utama

0

Selepas Pakatan Harapan ( PH) tewas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, Bekas Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan yang agak lama mendiamkan diri tampil memberi peringatan kepada kerajaan agar dapat melaksanakan beberapa pembaharuan utama pada Jun ini.

Ambiga memberi peringatan berkenaan dan sekiranya gagal melaksanakan perkara yang telah digubal sekaligus ia menunjukkan kegagalan sepenuhnya komitmen PH untuk melakukan pembaharuan dan rakyat akan ‘turun ke jalanan’ sekali lagi.

“Kami tak pernah terfikir turun ke jalan berkaitan kerajaan ini, tapi jika perlu dilakukan, ia akan dilakukan.

“Ini bukan kerana kerajaan, ini kerana rakyat,” katanya selepas bercakap dalam forum bertajuk ‘Laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC): Mengapa Rahsia?’ di Kuala Lumpur.

Ambiga berkata, antara pembaharuan utama yang dituntut adalah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) dan isu hukuman mati.

“Mereka kata ia akan dikeluarkan pada Mac tetapi berdasarkan ‘sejarah’ berlaku U-turn, kami sangat bimbang,” katanya yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa IRC.

Leave a Reply