Dunia bersoladariti untuk Jurugambar Palestin yang ditembak dibahagian mata kiri

0

Seorang jurugambar bebas Palestin yang ditembak oleh askar Israel ketika sedang menjalankan tugasan semasa demonstrasi di Tebing Barat telah menarik perhatian antarabangsa.

Para wartawan menyuarakan solidariti dengan menyiarkan foto menutup mata mereka.

Muath Amarneh, 35 tahun, dirawat di Pusat Perubatan Hadassah Israel di Baitulmuqaddis sejak dia ditembak dan terkena bahagian mata kirinya pada hari Jumaat selepas pasukan pendudukan Israel menggunakan peluru hidup untuk membubarkan penunjuk perasaan Palestin di kampung Surif, dekat dengan Hebron di wilayah selatan Barat.

Kempen dalam talian menggunakan hashtag “MuathEye”, “EyeofTruth” dan “MuathAmarneh” telah dilancarkan dan perkongsian video dan gambar Amarneh yang sedang menahan kesakitan dengan darah yang mengalir dari mata kirinya.


Para penunjuk perasaan telah melakukan protes ke atas rampasan tanah kampung oleh tentera Israel.

Saudara-mara ahli wartawan itu berkata, mereka dimaklumkan oleh doktor di Pusat Perubatan Hadassah bahawa mata Amarneh tidak dapat diselamatkan dan perlu dikeluarkan akibat kecederaan itu.

Walaupun rakan sekerja Amarneh mengesahkan bahawa dia disasarkan oleh pasukan Israel, namun dinafikan oleh pasukan Israel dan mendakwa mereka hanya menggunakan “nonlethal crowd-dispersal weapons”.

Lelaki berusia 35 tahun itu turut memberitahu agensi berita AFP semalam bahawa dia berdiri di sebelah memakai jaket dengan tertulis ‘press’  dengan jelas dan bertopi keledar.

Dia berkata: “Tiba-tiba saya merasakan sesuatu yang memukul mata, saya fikir ia adalah peluru getah atau batu. Saya meletakkan tangan saya ke mata saya dan saya tidak dapat melihat dan mata saya telah hilang sepenuhnya”, katanya.

Wartawan terkemuka dan aktivis Palestin berkongsi gambar mereka dengan satu mata yang dilindungi oleh sokongan Amarneh dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama untuk meningkatkan kesedaran tentang pelanggaran Israel terhadap kebebasan akhbar terutama ketika menentang protes anti pendudukan.

Jack Moore, Timbalan Editor asing The National, turut berkongsi di laman Twitter: “Mata kebenaran tidak akan pernah dibutakan. Hari ini, puluhan wartawan Palestin membantah dengan tindakan terhadap Muath Amarneh, yang telah kehilangan matanya”, tulisnya.


Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengutuk tindakan itu dan berjanji untuk memastikan Amarneh mendapat penjagaan serta perubatan yang terbaik berikutan kecederaan yang dihadapinya.

Kejadian itu juga dikutuk oleh Persekutuan Antarabangsa Wartawan (IFJ), kumpulan advokasi global yang bertujuan untuk menjaga kebebasan media.

Ia menyeru PBB untuk bertanggungjawab bagi memastikan perlindungan kepada semua wartawan.

“Sekali lagi, IFJ mengecam serangan terhadap wartawan Palestin oleh tentera Israel,” kata Anthony Bellanger” kata ketua organisasi itu.

“Kini sudah tiba masanya untuk Perhimpunan Agung PBB mengadakan Konvensyen untuk Perlindungan dan Keselamatan Wartawan, sehingga kekebalan yang dinikmati oleh pemangsa dan kebebasan akhbar serta demokrasi berakhir di Israel, seperti di tempat lain, ujarnya.

Sekurang-kurangnya 60 wartawan telah disasarkan dengan peluru hidup oleh tentera Israel setakat tahun ini.

43 yang lain telah cedera kerana bom bunyi, manakala 170 dipukul atau dilarang daripada membuat liputan kejadian.

Manakala sepuluh orang telah ditangkap dan 18 wartawan di penjarakan oleh tentera Israel.

Leave a Reply