Duduk di rumah atau akan dikompaun RM1,000

0

Tiada lagi pendekatan kompromi di antara pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap rakyat yang masih berdegil untuk fasa kedua ini.

Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Individu yang ingkar arahan PKP akan dibawa ke balai polis sebelum dikompaun dan bagi mereka yang ditahan perlu menjelaskan bayaran dalam tempoh dua minggu selepas tarikh kompaun dikeluarkan.

Pembayaran kompaun boleh dibuat menerusi Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran dan sekiranya gagal pesalah akan didakwa di mahkamah.

https://www.facebook.com/1452870318149203/posts/2342952162474343/?sfnsn=mo&extid=rOZsI2czNT7Qd7XP

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply