Dubai Jumeirah merancang pembangunan besar untuk projek mega di Arab Saudi

0

DAVOS: Kumpulan hotel terkemuka dan industri riadah di Timur Tengah, Jumeirah sedang merancang pembangunan besar dalam “projek mega” di Arab Saudi, kata CEO, Jose Silva kepada Arab News di luar pertemuan tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos.

“Kita mesti berada di lokasi tersebut, tetapi saya mahu pastikan kita mendapat tempat yang betul.” Jumeiah selalu mahu menjadi antara tiga tapak teratas di mana-mana lokasi.  Jika seseorang menyakinkan saya ini adalah lokasi yang betul, saya akan terus melompat ke dalamnya,” katanya.

Silva menjelaskan bahawa dia berfikir terutamanya mengenai dua pembangunan besar di pantai barat pemerintahan – metropolis NEOM dan projek Laut Merah di sepanjang pantai.  Beliau dipercayai bekerjasama dengan pihak berkuasa pelancongan Arab Saudi dan menjadi rakan kongsi di dalam tampuk pemerintahan negara terbabit.

Silva juga memberitahu, Jumeirah berminat untuk membuka hotel di Makkah dan Madinah, yang mana dia menyebut “kemasukan pilihan” di dalam sektor pemerintahan Arab Saudi. Kerja-kerja telah dimulakan di dua tapak berkenaan.

“Sangat penting bagi kita memperolehi aset dan pereka yang tepat. Kecuali kita mengawal arkitek, namun kita tidak akan melakukannya. Kita perlu terlibat dalam proses reka bentuk,” katanya.

Penglibatan secara meluas di Arab Saudi akan menjadi sebahagian daripada strategi “going global” yang telah mula maju pada dua tahun pertama iaitu dari sektor perhotelan di UAE, perniagaan rekreasi dan restoran, dimiliki oleh kerajaan dari Dubai.

Tahun lepas, Jumeirah membeli Istana Capri di Pulau Itali dan juga terlibat dalam pelan perbangunan utama di Asia dengan enam projek baru dijalankan di China, Indonesia dan Malaysia.

Silva juga menyelia pengubahsuaian Hotel Carlton di Belgravia, London dengan nilai $ 100 juta. Pembinaan hotel mewah di ibu kota Eropah lain juga sedang dipertimbangkan.

Di Dubai, beliau telah membawa pengurus bertaraf dunia beserta ‘chef selebriti’ berkhidmat bersama restoran milik kumpulan hartanah perdana di Madinat dan Burj Al Arab.

“Kami mahu menjadi jenama terbaik untuk “destinasi makan”, katanya.

Leave a Reply