“Dua ujian COVID-19 saya negatif” – Azmin Ali

0

Panas kedengaran cakap-cakap ramai mengatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali positif COVID-19.

Rentetan itu, pihak media cuba mendapatkan kesahihan berita yang mula menjadi viral beberapa hari lalu.

Memahami pertanyaan ramai malah ada yang mula berspekulasi, sebentar tadi beliau mengesahkan hasil kedua-dua ujian COVID-19 yang dijalaninya disahkan negatif.

Melalui perkongsian di laman media sosial Facebook miliknya, beliau berkata, “Saya telah menjalani dua ujian COVID-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif. Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian COVID-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,” tulisnya.

Bagaimanapun beliau akan terus menjalani kuarantin kendiri dan turut berkongsi akan menjalani ujian COVID-19 kali ketiga.

Walaupun sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri, beliau akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab secara ‘work from home’.

Dalam pada itu, beliau turut mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi dari wabak pandemik terbabit.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

 

Leave a Reply