Dua lagi kluster baharu dikenalpasti, Kluster Bukit Tiram dan Kluster Syarikat Pembinaan Kuching

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu perkongsian memaklumkan terdapat dua lagi kluster baharu yang telah dikenalpasti iaitu Kluster Bukit Tiram dan Kluster Syarikat Pembinaan Kuching.

Bagi kluster Bukit Tiram, ianya telah dikenalpasti apabila terdapat dua kes positif yang telah dilaporkan di sebuah pusat keagamaan di Taman Bukit Tiram, Johor.

Direkodkan bagi kedua-dua kes positif (iaitu kes ke-8868 dan kes ke-8869) yang dikesan dalam kluster ini merupakan individu bukan warganegara yang menetap di Malaysia dan merupakan kakitangan pusat terbabit.

Kedua-dua kes positif ini telah mula mengalami gejala pada 15 Julai lalu namun tidak mendapatkan rawatan segera di mana-mana fasiliti kesihatan.

Kenyataan Akhbar KKM Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid-19, 25 Julai 2020.- 17 kes sembuh- 23 kes baharu (17 tempatan, 6 import)- 2 kluster baharu; Bukit Tiram dan Syarikat Pembinaan Kuching

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 25 Juli 2020

Kemudiannya mereka telah melakukan ujian saringan COVID-19 dan dikesan positif pada 24 Julai.

Sehingga 25 Julai 2020, terdapat dua kes positif dan 10 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini dan kesemua 10 orang kontak rapat ini telah disaring dan masih menunggu keputusan.

Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (active case detection) sedang diteruskan dan punca kepada jangkitan kluster ini masih berada di dalam siasatan.

Bagi kes kluster kedua pula, Syarikat Pembinaan Kuching, kes pertama untuk kluster ini merupakan kes positif COVID-19 yang telah dikesan pada 11 Julai lalu (iaitu kes ke-8715).

Melalui siasatan yang telah dijalankan, sebanyak 55 kontak rapat telah dikenalpasti yang terdiri daripada lima (5) rakan serumah dan 50 rakan sekerja.

Kesemua kontak ini telah disaring dan didapati negatif COVID-19 dan kluster ini telah dikenalpasti apabila satu kes positif (iaitu kes ke 8881) telah dikesan daripada saringan ulangan kontak-kontak rapat kes ke-8715.

Aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) masih diteruskan dan punca jangkitan kluster adalah masih
dalam siasatan.

Oleh yang demikian, pihak KKM turut menasihatkan orang ramai agar waspada dan terus patuhi saranan dan nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan dan jadikan nasihat-nasihat sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply