Dua kluster baharu, kluster Hyde Park dan Melbourne

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua kluster baharu yang telah dikenalpasti iaitu kluster Hyde Park dan juga kluster PUI Melbourne.

Menurut KKM, kluster Hyde Park ini dikesan di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor dan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8769) merupakan seorang krew kapal bukan warganegara (dari negara Rusia).

Individu berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke negara Mesir dan India.

Kluster ini juga telah dikenalpasti oleh pihak KKM susulan daripada proses saringan COVID-19 yang mana telah dijalani oleh krew kapal terbabit sebelum pulang ke negara asal.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, keseluruhannya 24 orang telah disaring, iaitu terdiri daripada empat kes positif COVID-19 dan 20 adalah negatif.

Semua kes positif dalam kluster ini melibatkan bukan warga tempatan.

Kini kesemua mereka sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh, manakala kontak rapat yang negatif pula dikuarantin di dalam kapal terbabit.

Justeru itu kluster ini tidak akan membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil (isolated) di sebuah kapal.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di dalam kapal berkenaan.

Manakala kes kedua pula iaitu kluster PUI Melbourne, kes indeks kluster mencatatkan individu berkenaan merupakan seorang pelajar warga tempatan (iaitu kes ke-8749) yang telah pulang dari Australia pada 15 Julai lalu.

2 KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INIKKM ingin memaklumkan dua (2) kluster baharu yang telah dikenalpasti pada hari…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 22 Juli 2020

Individu terbabit telah menaiki dua pesawat, iaitu dari Melbourne ke Kuala Lumpur dan kemudiannya dari Kuala Lumpur ke Kuching. Dari Pintu Masuk Umum Kuching, Sarawak.

Meskipun tidak bergejala, individu ini seterusnya dibawa ke pusat kuarantin di mana saringan COVID-19 didapati positif pada 17 Julai dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Susulan itu, siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) dijalankan dan satu lagi kes positif telah dikesan dalam kluster ini.

Kes kedua ini telah menaiki pesawat yang sama dengan kes indeks iaitu pesawat yang telah bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuching.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, terdapat dua kes positif COVID-19 dalam kluster ini dan seramai 21 orang kontak rapat yang terdiri daripada penumpang dari pesawat dan kenderaan awam yang berkaitan telah disaring dan masih menunggu keputusan.

Walaubagaimanapun punca kepada jangkitan berkenaan masih lagi berada di dalam siasatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply