Dua kluster baharu di Sarawak

0

Status terkini Kluster Mambong dan Kluster
Sentosa sehingga semalam (29 Julai), seramai 198 orang telah melalui proses saringan.

Saringan terbabit melibatkan 188 warga tempatan dan 10 warga asing.

Daripada jumlah terbabit seramai tujuh individu telah dikesan positif COVID-19 yang mana dua darinya terdiri daripada bukan warganegara manakala seramai 191 individu lagi disahkan negatif jangkitan berkenaan.

Manakala bagi Kluster Sentosa pula, seramai 1,026 individu telah disaring dan daripada jumlah itu, 31 individu telah dikesan positif COVID-19, 888 individu negatif dan baki 107 individu lagi masih menunggu keputusan.

2 kluster melaporkan kes baharu;1. Sentosa – 1 kes baharu2. Mambong – 1 kes baharu

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Rabu, 29 Juli 2020

Saringan ini dilakukan ke atas petugas kesihatan dan ahli keluarga , pekerja syarikat pembersihan, pengawal keselamatan, pesakit serta lain-lain kontak rapat.

Kedua-dua kluster ini melibatkan kes sehingga generasi kedua namun punca kepada jangkitan ini masih berada di dalam siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati bahawa kemungkinan besar punca jangkitan ini adalah berpunca daripada aktiviti di dalam komuniti.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply