Dua hospital di Kedah perlu kontena simpan mayat

0

Dua hospital di Kedah memerlukan kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19 yang semakin meningkat sejak akhir ini.

Lapor media, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo berkata, ia meliputi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

“Peti mayat di hospital berkenaan sentiasa penuh, jadi kita memerlukan kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19,” katanya.

Kedah mencatatkan kes ketiga tertinggi COVID-19 selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan jumlah 1,281 kes hari ini, berbanding semalam 1,212 kes.

Dr Othman berkata, penggunaan katil bagi merawat pesakit COVID-19 termasuk di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah mencapai tahap 95 peratus di semua hospital di negeri itu.

“Tidak semua pesakit COVID-19 dirawat di ICU memerlukan bantuan pernafasan dan ia (alat pernafasan) masih mencukupi kerana tidak semua pesakit memerlukannya.

“Bagi menampung kes pesakit COVID-19 yang semakin tinggi, kita memberi keutamaan merawat pesakit kategori empat dan lima di hospital, manakala kategori lain di hantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC),” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply