Dua ditahan miliki Syabu 50.25 gram

0

Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar berjaya menangkap dua lelaki rakyat tempatan dibawah Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Tangkapan telah dibuat di sekitar kawasan Papar pada lewat malam tadi dan kedua-dua suspek yang ditahan berumur dalam lingkungan 17 tahun dan 21 tahun, telah direman di IPD Papar.

Hasil saringan awal ke atas kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methapitamine dan AMP, telah disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Salah seorang suspek yang sama juga turut disiasat dibawah Seksyen 39B ADB 1952 kerana memiliki dadah jenis Syabu anggaran berat 50.25 gram.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1525484374287997&id=186736978162750&sfnsn=mo

Kejayaan tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM, khususnya bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Papar dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping memastikan peraturan PKPP dipatuhi oleh penduduk daerah Papar.

Ketua Polis Daerah Papar, YDH DSP Batholomew Ak Umpit menasihatkan orang ramai jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah didaerah ini boleh memberi maklumat kepada pihak khususnya PDRM, IPD Papar.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply