Drive-in cinema dibenarkan

0

Kerajaan membenarkan pawagam pandu masuk (drive-in cinema) dilaksanakan namun tertakluk kepada SOP yang ditetapkan.

Antara SOP yang ditetapkan adalah termasuk pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing dan penjualan makanan hanya dibuat secara atas talian (online) dan pengunjung harus mengambil makanan secara pandu lalu (drive-thru).

Manakala petugas RELA juga perlu ditempatkan di kawasan berkenaan bagi mengawal pergerakan pengunjung.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga akan memperincikan setiap SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply