Dr Say Shazril kongsi tips dan aktiviti sepanjang tempoh “percutian” di rumah

0

Wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia, semakin hari semakin meningkat.

Terbaharu, kira-kira 200,000 kes positif COVID-19, lebih menyedihkan 8,000 daripadanya gagal diselamatkan.

Di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan penyakit berjangkit 1988, perintah pelaksanaan kawalan pergerakan telah berkuat kuasa bermula hari ini sehingga penghujung bulan Mac.

Saranan dan rayuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddi Yassin agar mematuhi arahan dengan hanya “stay put where you are” dalam tempoh dua minggu ini.

Ambillah kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menikmati aktiviti di rumah bersama-sama insan tersayang.

Pengacara rancangan Tanya Doktor, Doktor Shazril atau lebih dikenali sebagai Dr Say, berkata : daya imunisasi yang tinggi adalah sangat penting demi mengelak dan melawan wabak bahaya ini.

Beliau juga berkongsi tips dan aktiviti yang mungkin boleh dipertimbangkan sepanjang “percutian” di rumah.

1. Dapatkan rehat yang cukup.
Tempoh 6 – 8 jam sehari adalah jangkamasa yang ideal untuk kita.

2. Bersenam
Ini sebenarnya yang paling sukar! Jadi pesan Dr Say, memadailah memilih senaman yang termampu dan paling penting, kita enjoy melakukannya!

Ada banyak senaman ringan yang boleh dipraktikkan, semudah mendokong anak. Badan berpeluh dan keakraban kekeluargaan pun terjalin.

3. Makanan bernutrisi
Banyak masa di rumah, mungkin kita boleh bereksperimen dengan cara penyediaan memasak yang lebih sihat.

Contohnya kaedah membakar, stim atau grill. Kurangkan pengambilan makanan yang di proses dan makanan segera. Sudah sedia maklum, makanan seperti ini kurang sihat dan kurang nutrisinya. Paling penting, makanlah pada kadar sederhana.

4. Minuman berkultur
Kajian saintifik di Jepun mendapati minuman berkultur atau yogurt memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan.

Ianya mampu membantu meningkatkan penghadaman fiber daripada makanan. Vitamin dan mineral dapat dihasilkan dengan pengambilan minuman ini.

Juga kajian menunjukkan ianya mampu mengurangkan risiko influenza sehingga 80%.

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di rumah, sudah tiba masa untuk kita berubah cara dan gaya hidup yang lebih sihat dan ceria.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply