Dr Maszlee Malik letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari

0

Terkini, Dr Maszlee Malik telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuatkuasa 3 Januari.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah pertemuannya dengan YAB Perdana Menteri dan juga di atas nasihat yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohamad.

“Saya menganggap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai seorang ayahanda dan seorang pemimpin serta negarawan negara yang ulung.

“Maka atas dasar ketaatan dan disiplin kepada pupuk kepimpinan parti dan kerajaan, beliau redha meskipun berat .

“Namun di atas nasihat yang diterima, saya memulangkan kembali jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu sidang media khas.

Leave a Reply