Dr Amalina mohon penjual jangan ambil kesempatan ke atas pembeli

0

Berhubung masalah ketiadaan stok barangan penting ketika menghadapi COVID-19, sesetengah penjual yang tidak nertanggungjawab bertindak menaikkan harga barangan sesuka hati.

Beberapa hari lalu, Dr Amalina Che Bakri berkongsi tweet dan menegur harga cekik darah yang dikenakan penjual ke atas barangan keperluan seperti hand sanitiser, topeng muka dan sarung tangan.

Menurutnya, sesiapa yang menjual topeng muka dan hand sanitiser dengan harga tidak munasabah dan menjual produk overclaim, beliau mendoakan agar individu terbabit terbuka hati untuk berhenti melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak ada keberkatan dalam rezeki mereka.

Tweet berkenaan mendapat respon dari salah seorang pengikutnya dan menurut individu terbabit, bagaimana jika kerajaan meluluskan kenaikan harga berhubung dengan permintaan yang sangat tinggi buat masa sekarang?

Menurut Dr Amalina, beliau memahami konsep permintaan dan pembekal tetapi jika harga dinaikkan kerana permintaan pasaran bertambah setiap hari terutama dalam keadaan pandemik seperti sekarang, perlu ada pengawalan harga dan sentiasa dipantau.

“Kalau government dah letak kawalan harga, kena ikutlah, jangan charge lebih pulak” ujarnya.

Kepada penjual, jangan letak harga mahal-mahal ya!

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply