Dr Ali meninggal dunia bukan sebab kelesuan bekerja

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Demikian menurut pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman media sosial Facebook rasmi KKM.

“Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” kata beliau menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Viral di laman media sosial kononnya Dr Ali jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Dalam perkongsian itu, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Kami warga kerja The Malaya Post Portal mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al Fatihah.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply