Dr Abd Latiff terima suntikan vaksin COVID-19

0
photo: UKK KPLB

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Kesihatan Presint 18, Putrajaya, hari ini.

“Hari ini saya mendapatkan suntikan pertama vaksin di Pusat Kesihatan Presint 18, Putrajaya. Permulaan prosedur, tekanan darah diambil, beberapa soalan ditanya mengenai keadaan saya. Semua ok! Sakit? Tidaklah, seperti digigit semut saja” jelas Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

foto: UKK KPLB

Menurut beliau, walaupun program vaksinasi ini secara sukarela, namun beliau berharap agar orang ramai pergi mendapatkan vaksin apabila tiba giliran.

“Saya tahu program vaksinasi ini secara sukarela tapi saya harap bila tiba masa untuk anda semua, anda akan pergi mendapatkannya” ujar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

“Hampir setahun kita diselubung pandemik COVID-19. Kita sama-sama merindukan suasana yang normal tanpa perasaan takut terkena jangkitan”

foto: UKK KPLB

“Mari kita berjuang untuk mengakhiri pandemik ini. Vaksin itu percuma, ia melindungi diri anda, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia” ujar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad lagi.

Bagi yang belum mendaftar, beliau menasihatkan agar jangan lupa daftar di MySejahtera atau di www.vaksincovid.gov.my

Leave a Reply