Dos kedua vaksin COVID-19 disuntik mulai esok

0

Dos kedua vaksin COVID-19 bagi penerima fasa pertama akan diberikan bermula esok (Rabu) termasuk kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi individu pertama menerima suntikan terbabit.

Demikian pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada sidang media mingguan Pasukan Bertindak Imunisasi COVID-19.

Untuk rekod pada 24 Februari lalu, Muhyiddin menerima vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer – BioNTech bertempat di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

Turut menerima dos pertama pada hari berkenaan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, seorang doktor, seorang pembantu perubatan, seorang jururawat dan pemandu ambulans.

Ia turut menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply